Kalkulator Pembayaran Progresif
Bayaran progresif atau bayaran faedah progresif, merujuk kepada sistem pembayaran yang digunakan semasa membeli rumah yang masih dalam pembinaan. Dalam sistem ini, pembeli hanya membayar faedah ke atas jumlah yang telah dikeluarkan oleh bank kepada pemaju, tanpa membayar jumlah pokok pinjaman sehingga rumah siap.
Info lanjut di sini.
Kalkulator Bayaran Progres
Anggaran bayaran bulanan sementara rumah siap.
Harga seperti dalam perjanjian jual beli (SPA)
Sila pilih sama ada RM atau %
Rujuk email yang diterima atau rujukan di bahagian bawah kalkulator
Penafian: Kalkulator ini hanya memberikan anggaran. Jumlah bayaran sebenar adalah tertakluk kepada jumlah tuntutan (claim) yang disahkan, kadar faedah semasa dan pengiraan muktamad oleh pihak bank.
Reference: Progressive Payment Stages
| Progress | % Payment |
|---|---|
| Upon signing SPA | 10% |
| Upon completion of piling and foundation work | 10% |
| Upon completion of structural framework | 15% |
| Upon completion of walls with door and window frames | 10% |
| Upon completion of roofing, electrical wiring, and internal/external plastering | 10% |
| Upon completion of plumbing and sanitary work | 15% |
| Upon completion of drains, roads, and car parks serving the property | 5% |
| Upon completion of sewerage plant and other infrastructure | 5% |
| Upon issuance of Certificate of Completion and Compliance (CCC) | 15% |
| Upon issuance of Individual/Strata Title | 5% |
Pengiraan Bayaran Faedah Progresif
- Definisi: Bayaran faedah progresif adalah bayaran yang dibuat berdasarkan peratusan kemajuan pembinaan. Pembeli hanya membayar faedah yang dikenakan ke atas jumlah yang telah dikeluarkan oleh bank kepada pemaju.
- Contoh Pengiraan:
- Harga Rumah: RM805,800
- Pendahuluan/Rebat: 10% atau RM80,580
- Kemajuan Pembinaan: Pemaju menghantar bil 20% kemajuan kepada bank.
- Jumlah yang Dikeluarkan oleh Bank: 20% – 10% (pendahuluan) = 10% x RM805,800 = RM80,580
Jika kadar faedah adalah 4%, dan bulan Ogos mempunyai 31 hari, pengiraan untuk bayaran bulan Julai adalah:
Bayaran Faedah= (RM80,580×0.04×31)/365 = RM274
*Pembayaran ini akan berterusan sehingga kitaran bil seterusnya daripada pemaju.
- Kelebihan Bayaran Progresif:
- Aliran Tunai Stabil: Membantu kontraktor dan pemaju menguruskan aliran tunai semasa projek berlangsung.
- Transparansi: Pembeli dapat memantau kemajuan pembinaan dan memastikan pembayaran dibuat hanya untuk kerja yang telah siap.
- Pengurangan Risiko: Mengurangkan risiko pembayaran penuh di awal projek dan memastikan kerja yang tidak memuaskan tidak dibayar.
- Peringkat Pembayaran: Pembayaran dibuat pada pelbagai peringkat pembinaan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA). Peringkat biasa termasuk siap asas, struktur, dan bumbung.
- Dokumentasi dan Proses:
- Kontraktor perlu menyediakan dokumentasi lengkap mengenai kemajuan kerja.
- Invois perlu disediakan dan dihantar kepada pihak pemaju atau bank untuk pengesahan.
Dengan memahami sistem bayaran progresif ini, pembeli dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik semasa menunggu rumah siap dibina.
Nota: Pinjaman LPPSA tidak tertakluk kepada kaedah ini dan akan terus membuat pembayaran penuh apabila rumah siap atau apabila melebihi tempoh yang ditetapkan LPPSA.
Penafian: Maklumat yang dipaparkan adalah sebagai petunjuk dan untuk tujuan ilustrasi sahaja. Kami tidak menjamin ketepatan pengiraan dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan atau ketinggalan. Maklumat di atas tidak bermaksud sebagai satu tawaran kredit dan tidak menjamin bahawa kemudahan kredit yang dipohon akan diluluskan. Semua permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan kredit dan bank berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa memberikan apa-apa sebab. Amaun pembiayaan hanyalah anggaran, dan jumlah sebenar mungkin berbeza daripada apa yang ditunjukkan dalam kalkulator ini dan dari seorang pelanggan kepada pelanggan yang lain.
Nak tengok projek rumah terkini 2025?
Banyak projek baru dengan permulaan modal rendah. Tekan salah satu ‘button’ di bawah. Saya akan bantu anda dapatkan rumah idaman!
Penafian: Maklumat yang dipaparkan adalah sebagai petunjuk dan untuk tujuan ilustrasi sahaja. Kami tidak menjamin ketepatan pengiraan dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan atau ketinggalan. Maklumat di atas tidak bermaksud sebagai satu tawaran kredit dan tidak menjamin bahawa kemudahan kredit yang dipohon akan diluluskan. Semua permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan kredit dan bank berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa memberikan apa-apa sebab. Amaun pembiayaan hanyalah anggaran, dan jumlah sebenar mungkin berbeza daripada apa yang ditunjukkan dalam kalkulator ini dan dari seorang pelanggan kepada pelanggan yang lain.