Kenapa Perlu Beli Rumah Selangorku?

Kenapa Pilih Rumah Selangorku? – Memiliki rumah sendiri adalah impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya bagi golongan muda dan keluarga yang baru membina kehidupan. Namun begitu, realiti harga rumah di pasaran sering kali menjadi penghalang. Menyedari cabaran ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Skim Rumah Selangorku, satu inisiatif penting bagi membantu rakyat memiliki kediaman pada harga yang lebih mampu milik tanpa mengorbankan keselesaan dan kualiti.

Senarai Rumah Selangorku disediakan di bawah untuk rujukan.

Ibu bapa bersama 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan sedang bergembira di taman permainan berlatarbelakang rumah teres setingkat dan Rumah Selangorku

Apa Itu Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku ialah program perumahan mampu milik yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dikelolakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Ia dibangunkan dengan kerjasama pemaju swasta untuk menawarkan kediaman berkualiti tinggi pada harga di bawah pasaran khas untuk rakyat negeri ini.

Senarai Rumah Selangorku disediakan untuk rujukan pemohon.

Siapa Yang Layak Memohon?

Skim ini terbuka kepada semua yang memenuhi syarat berikut:

  1. Suami isteri warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.

  3. Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM14,500.

  4. Tidak memiliki lebih daripada satu rumah di Selangor.

  5. Permohonan dibuka kepada individu bujang dan sudah berkahwin

  6. Bagi sesetengah projek, pemohon yang sudah memiliki rumah juga boleh memohon melainkan rumah pertama adalah rumah kos rendah atau rumah Selangorku.

Tujuan Skim Rumah Selangorku

Skim ini diperkenalkan sebagai langkah proaktif kerajaan negeri untuk:

  • Menyediakan alternatif perumahan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah & sederhana.

  • Menangani isu pemilikan rumah yang semakin sukar di kawasan bandar.

  • Mewujudkan komuniti kediaman yang lebih seimbang dari segi sosio-ekonomi.

Rumah Selangorku bukan sekadar tempat tinggal, tetapi pelaburan jangka panjang dalam kehidupan anda dan keluarga.

Kenapa Anda Patut Pertimbangkan Rumah Selangorku?

Berikut adalah sebab-sebab utama kenapa projek-projek di bawah Skim Rumah Selangorku semakin menjadi pilihan rakyat Selangor:

✅ 1. Harga Jauh Lebih Rendah Daripada Pasaran
Harga permulaan serendah RM250,000 atau RM1,200 sebulan menjadikannya jauh lebih mampu milik berbanding rumah pasaran biasa yang bermula RM300,000 ke atas.

✅ 2. Boleh Dimohon Walaupun Sudah Ada Rumah
Berbeza dengan kebanyakan skim lain, anda masih boleh memohon rumah Selangorku walaupun sudah memiliki satu hartanah – asalkan anda memenuhi syarat pendapatan dan rumah pertama bukan dari kategori kos rendah.

✅ 3. Sesuai Untuk Gaji Permulaan
Graduan baru dan pekerja sektor swasta dengan gaji permulaan serendah RM2,500 – RM3,000 pun berpeluang untuk memohon Boleh gabung pendapatan dengan pasangan, adik-beradik atau mak ayah.

✅ 4. Lebih Luas & Selesa
Unit rumah dalam skim ini selalunya lebih luas berbanding rumah kos rendah biasa, dengan keluasan 800 hingga 1,100+ kaki persegi – cukup untuk keluarga 3 hingga 5 orang.

✅ 5. Pakej Tambahan Yang Menarik
Sesetengah projek Selangorku menawarkan:

  • Percuma perabot asas (seperti kabinet dapur & almari)
  • Tempat letak kereta khas
  • Kos guaman & duti setem percuma
  • Diskaun hingga 10% atau rebat tunai

✅ 6. Lokasi Strategik & Akses Lebuhraya
Banyak projek dibina di lokasi yang mudah diakses melalui lebuhraya utama, serta berhampiran kemudahan awam seperti sekolah, pasaraya, klinik dan stesen pengangkutan.

Senarai Rumah Selangorku 2025/2026

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mohon Rumah Selangorku, berikut adalah senarai Rumah Selangorku 2025/2026 yang kini sedang ditawarkan atau bakal dilancarkan.

Sila KLIK pada nama projek untuk maklumat lanjut.

🔹 Projek Sedang Dibuka (Available Now):

  1. Selangorku Puncak Alam – Berhampiran UiTM, akses mudah ke LATAR dan GUTHRIE
  2. Selangorku Bangi Avenue – Lokasi matang dengan kemudahan lengkap
  3. Selangorku Eco Majestic (Semenyih) – Dikelilingi kawasan hijau dan akses ke LEKAS
  4. Selangorku Bernam Jaya – Harga teres terendah, sesuai untuk yang ingin ada rumah bertanah pada harga mampu milik
  5. Selangorku Pulau Meranti – Berkonsep townhouse untuk memberi peluang kepada pembeli merasai rumah bertanah
  6. Selangorku Cyberjaya – Berada di lokasi premium yang dicari ramai
  7. Selangorku Setia Alam – Kawasan premium, lokasi strategik berhampiran NKVE dan kemudahan bandar

🔹 Projek Akan Datang (Upcoming):

Ingin Mohon Rumah Selangorku?

*Perlu Ambil Kira Rumah Bersama Pasangan
*Selepas tolak KWSP, SOCSO
*Selepas tolak KWSP, SOCSO. Jika tiada pasangan atau pasangan tidak bekerja, sila letak "0"
*Jumlah pinjaman kereta/motor/peribadi/PTPTN dan lain-lain