TERES SETINGKAT
KOTA WARISAN
Pengenalan Projek
Teres setingkat Kota Warisan menawarkan teres setingkat mampu milik bermula dari RM389,000. Terletak di kawasan strategik berhampiran jalan utama menghala ke KLIA atau Nilai, memudahkan perjalanan harian anda. Perjalanan ke Putrajaya, Nilai, Cyberjaya hanya sekitar 10km sahaja menjadikan projek teres ini tumpuan kepada yang bekerja di sekitar selatan Selangor termasuk Negeri Sembilan.
Projek ini dinamakan Taman Intan Baiduri mempunyai hanya 71 unit untuk memberi jaminan keselesaan dengan mengurangkan kesesakan dalam kawasannya. Rumah contoh sedia untuk dikunjungi!
Update Ogos 2025 – Fasa 2 telah dibuka! Boleh apply teres setingkat dan teres 2 tingkat. Isi details di bawah untuk saya share info lanjut.
Lokasi Projek
- Lokasi Strategik & Akses Mudah
- Hanya 5-10 minit ke Pekan Salak Tinggi dan Kota Warisan
- 15-20 minit sahaja ke KLIA & KLIA2
- 20-25 minit ke pusat pentadbiran Putrajaya dan Cyberjaya
- 10 minit ke Stesen ERL Salak Tinggi (mudah ke KL Sentral & KLIA)
Layout dan Pelan Tapak
- 4 bilik dan 2 bilik air
- Keluasan tanah: 20′ x 75′
- Keluasan binaan: 1,120 sqft
- Dijangka siap pada Q1 2027
- Booking fee hanya RM100 (unit tengah)
Hanya mempunyai 71 unit untuk memastikan lebih keselesaan kepada pembeli. 70% unit telah ditempah (booking) ketika pelancaran.
Fasa 2 juga akan dibuka bersama dengan teres 2 tingkat. Harganya sedikit tinggi berbanding fasa 1.
Rumah Contoh Sedia Dikunjungi




Berminat untuk tengok rumah contoh?
Info Tambahan
Kenapa Salak Tinggi dan Kota Warisan Tempat Sesuai untuk Beli Rumah?
Bagi pencari teres setingkat, apartment atau rumah landed di Sepang, kawasan Salak Tinggi dan Kota Warisan menawarkan kombinasi akses, kemudahan dan potensi pelaburan yang kuat. Berikut sebab utama mengapa kawasan ini sesuai untuk beli rumah sekarang.
1. ERL Salak Tinggi – Akses Pantas ke KLIA, Putrajaya & KL Sentral
Stesen ERL Salak Tinggi terletak hanya 1.5km dari kawasan perumahan utama. Perjalanan dari stesen ini ke KLIA, KLIA2, Putrajaya/Cyberjaya, Bandar Tasik Selatan hingga KL Sentral mengambil masa kira-kira 35–40 minit. ERL juga bersambung terus ke rangkaian LRT, Monorail dan KTM, menjadikannya pilihan terbaik untuk yang bekerja di pusat bandar tetapi ingin tinggal di kawasan lebih tenang seperti Sepang.
2. Pendidikan
- SK Kota Warisan – 1.1km
- Xiamen University Malaysia – 1.5km
- SJK(C) Dengkil – 7.8km
- SMK Seri Sepang – 9.5km
- INTI International University – 10km
Xiamen University Malaysia kini mempunyai lebih 4,000 pelajar dan dijangka meningkat kepada 10,000 pelajar dalam tempoh 10 tahun. Lokasinya yang bersebelahan Warisan Puteri serta jarak singkat ke Cyberjaya (10–15 minit) menjadikan kawasan ini hub pendidikan yang penting untuk keluarga dan pelajar.
3. Pusat Membeli-Belah & Hypermarket
Penduduk Salak Tinggi & Kota Warisan mudah mengakses rangkaian pusat beli-belah dan hypermarket utama:
- KLIO (Future Mall) – 3km
- Mitsui Outlet Park KLIA Sepang – 8km
- Tesco Bandar Baru Nilai – 13km
- Giant Bandar Baru Nilai – 14km
- Alamanda Putrajaya – 23km
- IOI City Mall Putrajaya – 26km
- Mines Shopping Mall – 34km
- Mid Valley Megamall – 40km
- KLCC – 46km
Di peringkat komuniti, KIP Mart Warisan Puteri menyediakan kemudahan runcit harian, manakala kehadiran McDonald’s menunjukkan potensi catchment yang sihat dan pertumbuhan pasaran tempatan.
4. KLIA Aeropolis – Pemangkin Pertumbuhan di Sepang
KLIA Aeropolis adalah projek mega seluas 404 hektar yang dirancang sebagai sebuah airport city. Projek ini dijangka menyumbang lebih RM30 bilion kepada KDNK dan mewujudkan kira-kira 56,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 15 tahun.
Komponen utama KLIA Aeropolis termasuk:
- Menara perniagaan untuk syarikat penerbangan & teknologi
- Auto City
- Hab logistik antarabangsa
- Institusi pendidikan
- Taman tema & padang golf
- Sambungan ke Litar Antarabangsa Sepang (F1 Circuit)
Dengan kehadiran Mitsui Outlet Park dan Kuala Lumpur International Outlet (KLIO), limpahan pembangunan dan pekerjaan akan meningkatkan permintaan kediaman di kawasan Warisan Puteri, Salak Tinggi dan sekitarnya — menjadikannya pilihan pelaburan hartanah yang menarik.
Kesimpulan
Gabungan akses ERL, rangkaian lebuh raya, institusi pendidikan, kemudahan shopping dan projek mega KLIA Aeropolis menjadikan Salak Tinggi dan Kota Warisan lokasi strategik untuk beli rumah di Sepang. Sama ada anda mencari teres setingkat untuk keluarga atau apartment sebagai pelaburan, kawasan ini menawarkan potensi jangka panjang dan keselesaan gaya hidup moden.
Hubungi kami untuk info lanjut atau lawatan paparan contoh unit.
Note: rumah selangorku setia alam, u9 shah alam, rsku, rumah selangorku shah alam, bernam jaya, pulau meranti, bangi avenue, rumah selangorku, eco majestic semenyih, PPAM Salak Tinggi, PPAM Prestige Residence, PPAM KITA Sejati
Penafian: Maklumat yang dipaparkan hanya rujukan awal. Segala maklumat belum lagi diputuskan oleh pihak berwajib. Segala maklumat akan ditambahbaik daripada semasa ke semasa. Boleh terus hubungi kami untuk maklumat lanjut.