Kenapa Salak Tinggi dan Kota Warisan Tempat Sesuai untuk Beli Rumah?

Bagi pencari teras setingkat, apartment atau rumah landed di Sepang, kawasan Salak Tinggi dan Kota Warisan menawarkan kombinasi akses, kemudahan dan potensi pelaburan yang kuat. Berikut sebab utama mengapa kawasan ini sesuai untuk beli rumah sekarang.

1. ERL Salak Tinggi – Akses Pantas ke KLIA, Putrajaya & KL Sentral

Stesen ERL Salak Tinggi terletak hanya 1.5km dari kawasan perumahan utama. Perjalanan dari stesen ini ke KLIA, KLIA2, Putrajaya/Cyberjaya, Bandar Tasik Selatan hingga KL Sentral mengambil masa kira-kira 35–40 minit. ERL juga bersambung terus ke rangkaian LRT, Monorail dan KTM, menjadikannya pilihan terbaik untuk yang bekerja di pusat bandar tetapi ingin tinggal di kawasan lebih tenang seperti Sepang.

2. Pendidikan

  • SK Kota Warisan – 1.1km
  • Xiamen University Malaysia – 1.5km
  • SJK(C) Dengkil – 7.8km
  • SMK Seri Sepang – 9.5km
  • INTI International University – 10km

Xiamen University Malaysia kini mempunyai lebih 4,000 pelajar dan dijangka meningkat kepada 10,000 pelajar dalam tempoh 10 tahun. Lokasinya yang bersebelahan Warisan Puteri serta jarak singkat ke Cyberjaya (10–15 minit) menjadikan kawasan ini hub pendidikan yang penting untuk keluarga dan pelajar.

3. Pusat Membeli-Belah & Hypermarket

Penduduk Salak Tinggi & Kota Warisan mudah mengakses rangkaian pusat beli-belah dan hypermarket utama:

  • KLIO (Future Mall) – 3km
  • Mitsui Outlet Park KLIA Sepang – 8km
  • Tesco Bandar Baru Nilai – 13km
  • Giant Bandar Baru Nilai – 14km
  • Alamanda Putrajaya – 23km
  • IOI City Mall Putrajaya – 26km
  • Mines Shopping Mall – 34km
  • Mid Valley Megamall – 40km
  • KLCC – 46km

Di peringkat komuniti, KIP Mart Warisan Puteri menyediakan kemudahan runcit harian, manakala kehadiran McDonald’s menunjukkan potensi catchment yang sihat dan pertumbuhan pasaran tempatan.

4. KLIA Aeropolis – Pemangkin Pertumbuhan di Sepang

KLIA Aeropolis adalah projek mega seluas 404 hektar yang dirancang sebagai sebuah airport city. Projek ini dijangka menyumbang lebih RM30 bilion kepada KDNK dan mewujudkan kira-kira 56,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 15 tahun.

Komponen utama KLIA Aeropolis termasuk:

  • Menara perniagaan untuk syarikat penerbangan & teknologi
  • Auto City
  • Hab logistik antarabangsa
  • Institusi pendidikan
  • Taman tema & padang golf
  • Sambungan ke Litar Antarabangsa Sepang (F1 Circuit)

Dengan kehadiran Mitsui Outlet Park dan Kuala Lumpur International Outlet (KLIO), limpahan pembangunan dan pekerjaan akan meningkatkan permintaan kediaman di kawasan Warisan Puteri, Salak Tinggi dan sekitarnya — menjadikannya pilihan pelaburan hartanah yang menarik.

Kesimpulan

Gabungan akses ERL, rangkaian lebuh raya, institusi pendidikan, kemudahan shopping dan projek mega KLIA Aeropolis menjadikan Salak Tinggi dan Kota Warisan lokasi strategik untuk beli rumah di Sepang. Sama ada anda mencari teres setingkat untuk keluarga atau apartment sebagai pelaburan, kawasan ini menawarkan potensi jangka panjang dan keselesaan gaya hidup moden.

Mencari rumah di kawasan sekitar?

Ada 3 projek yang sesuai untuk dipertimbangkan
1. Teres setingkat – https://projekrumahselangorku.com/teres-setingkat-kota-warisan/
2. PPAM Salak Tinggi – https://projekrumahselangorku.com/ppam-salak-tinggi/
3. PPAM Taman Langat Utama 3 – https://projekrumahselangorku.com/ppam-taman-langat-utama-3/