Kenapa Teres Setingkat Menjadi Pilihan?

Rumah teres setingkat (single storey) ialah jenis rumah bertanah satu tingkat yang semakin menjadi pilihan ramai pembeli rumah pertama, pasangan muda dan keluarga kecil di Selangor. Dengan reka bentuk yang ringkas serta harga yang mampu milik, rumah jenis ini menawarkan keselesaan dan fungsi yang praktikal.

Anda sedang mencari rumah mampu milik di Selangor? Kini peluang terbaik untuk memiliki rumah teres baru dengan ansuran bulanan serendah bawah RM1,500 sahaja. Projek perumahan ini direka khas untuk pembeli rumah pertama, pasangan muda dan keluarga kecil yang mahu memiliki kediaman sendiri tanpa beban kewangan.

Baca lebih lanjut di bawah!

Ibu bapa bersama 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan sedang bergembira di taman permainan berlatarbelakang rumah teres setingkat dan Rumah Selangorku

Mencari rumah idaman bukan sesuatu yang mudah. Setelah jumlah simpanan kita cukup untuk dibelanjakan dalam membeli hartanah, membuat pilihan jenis rumah pula boleh buat kita pening kepala. Kita perlu pertimbangkan jumlah ahli keluarga, ruang di dalam rumah, dan kemudahan yang ada di kawasan rumah itu.

Oleh itu, anda sewajarnya mempertimbangkan rumah teres setingkat sebagai pilihan. Rumah ini akan menjadi padanan sempurna bagi memenuhi keperluan seisi keluarga anda. Ketahui kelebihan membeli rumah ini sekarang untuk membuat pilihan jenis tempat tinggal yang tepat untuk anda.

Ciri-Ciri Utama

  1. Mempunyai dua hingga empat bilik tidur
  2. Satu hingga dua bilik air
  3. Reka bentuk yang mudah diselenggara
  4. Ruang tanah sendiri untuk aktiviti luar atau parkir
  5. Ruang tanah sendiri untuk aktiviti luar atau parkir
  6. Memberi lebih privasi berbanding kediaman bertingkat

Kelebihan Memiliki

  1. Harga mampu milik: Lebih rendah berbanding rumah berkembar atau banglo, sesuai untuk golongan berpendapatan sederhana.
  2. Mudah diselenggara: Tidak mempunyai tingkat atas, menjadikan kerja pembersihan harian lebih mudah.
  3. Sesuai untuk semua peringkat umur: Tanpa tangga, menjadikan rumah ini mesra warga emas dan selamat untuk anak kecil.

Lokasi Popular di Selangor

Antara kawasan yang menawarkan rumah teres setingkat mampu milik termasuk:

  • Pulau Indah – kawasan yang masih ada suasana kampung tetapi ada akses highway yang baik
  • Bernam Jaya – sesuai untuk pembeli yang mencari rumah di utara Selangor dengan harga berpatutan
  • Salak Tinggi & Kota Warisan – lokasi strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya​

Adakah Jenis Rumah Ini Sesuai Untuk Anda?

Jika anda sedang mencari rumah pertama yang selesa, mudah diurus dan sesuai untuk jangka masa panjang, rumah teres setingkat ialah pilihan terbaik. Sama ada untuk didiami sendiri atau sebagai pelaburan, rumah jenis ini menawarkan nilai yang baik dalam pasaran hartanah semasa.

Kelebihan Membeli Rumah Teres Setingkat

Antara manfaat memilih rumah teres setingkat adalah ruangan rumah yang luas. Dibandingkan dengan jenis-jenis rumah yang lain, rumah ini mempunyai ruang rumah yang mencukupi untuk seisi keluarga. Anda boleh melengkapkan rumah dengan pelbagai kemudahan dan perabot untuk keselesaan ruang. Rumah teres setingkat juga memberi ruang parkir yang cukup. Anjung kereta yang disediakan dapat memberi kenderaan anda ruang yang selamat tanpa had atau sekatan. Rumah teres setingkat juga ideal untuk keluarga anda kerana semuanya terletak pada tingkat yang sama. Ibu dan ayah anda berusia dan anak-anak kecil tidak perlu risau menaiki tangga yang curam untuk ke ruang-ruang ini. Ciri ini membuatkan rumah ini selamat didiami untuk seisi keluarga.

*Selepas tolak KWSP, SOCSO
*Selepas tolak KWSP, SOCSO. Jika tiada pasangan atau pasangan tidak bekerja, sila letak "0"
*Jumlah pinjaman kereta/motor/peribadi/PTPTN dan lain-lain